jangan tegur isteri
Bila saya belajar prinsip ni, baru saya faham kena kita ibubapa tak boleh berselisih depan anak-anak. Ia akan bagi kesan pada anak-anak.
Kalau kita (suami) komen, tegur, dan marah isteri depan anak-anak, anak-anak akan belajar dari situ. Walaupun mungkin komen kita dengan niat nak membetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk!
Anak-anak akan tengok, ayahnya tak hormat ibunya. Ibunya dengan mudak boleh dikritik dan dikomen. Bukan dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, dia akan ‘ambik tempat’ ayahnya – tegur, komen, marah dan tak hormat ibunya. Dia tak respek ibunya sendiri sebagaimana kita (bapa) tak respek isteri kita.
Maka tak peliklah kalau anak-anak tak dengar cakap ibunya. 10 kali suruh kemas mainan tapi tak jalan-jalan juga. Malah dia boleh buat ‘bodoh’ apa saja suruhan ibunya. Ibunya hilang ‘bisa’ depan anak-anak.
Promotelah Isteri Depan Anak-anak
Kita sepatutnya kena selalu promote (edify) isteri kita depan anak-anak. Zahirkan yang kita respek isteri kita depan anak-anak. Sentiasa cakap pada anak-anak yang ibunya seorang yang baik, hebat, berjasa, bagus dan sebagainya. Supaya isteri kita ada wibawa terhadap anak-anak. Anak-anak akan benar-benar percaya dan respeknya pada ibunya.
Sekali ibunya cakap, dia pasti akan dengar. Sebab mereka respek!
Mempromosikan isteri kepada anak-anak sebenarnya kita memberi satu ‘kuasa’ (empower) untuk isteri mendidik mereka dengan mudah. Kita mempermudahkan isteri untuk bantu kita didik anak-anak kita! Yang akhirnya memudahkan kita!
papa buat kat mama boleh....
Terkedu…!!!! Itu saja satu perkataan yang mengambarkan perasaan aku saat aku mendengar kisah yang diceritakan teman. Aku tidak mampu untuk berkata, marah tak mampu aku zahirkan, tapi sedih yang teramat rasanya..
Kisahnya :
Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu dimana pusat asuhan yang menempatkan anak2 golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2 pendidikan Islam sedari kanak2 ini kecil lagi.
Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50 org semuanya anak2 jagaan mereka. Semua berjalan lancar hinggalah pada satu hari, mereka menerima seorang ahli baru, kanak2 lelaki berusia 4 tahun. Daniel namanya. Kecil tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras wajah siayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norish yang juga sangat comel dan cantik.
Kelihatan dari hari pertama, Daniel sudah mula tertarik untuk berkawan dengan Norish. Kemana Norish kesitulah Daniel mengekori. Apa pun aktiviti yang dilakukan Norish, Daniel pasti akan turut sama.
Di dlm pusat asuhan itu, bayi akan diletakkan satu bilik, kanak2 lelaki dan kanak2 perempuan juga akan diletakkan dibilik berasingan. Tiap hari selepas makan tengahari, mereka akan dikerahkan untuk tidur dan tentunya dalam bilik masing2.
Pada satu hari, Nini yang sedang memeriksa setiap bilik bagi memastikan tiada masalah telah terkejut kerana terlihat kelibat Daniel duduk disisi Norish yang sedang tidur sambil mengusap2 wajah nya. Nini segera mendapatkan mereka dan memujuk Daniel untuk pergi kebilik kanak2 lelaki dan tidur.
Esoknya waktu ada aktiviti bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan mesra kepada Norish, dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi Norish. Nini mula rasa pelik. Tapi merasakan itu sekadar biasa untuk kanak2 seusia, yang mungkin menunjukkan sayang, maklumlah kebiasan kita juga mencium kanak2.
Tengahari itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik Norish dan rupanya di berbaring sebelah Norish dan terlelap sama sambil tanggan nya memeluk Norish. Bila Nini kejutkan dia menangis kerana tidak mahu tidur dibilik kanak2 lelaki.
Kebetulan hari itu keluarga Norish lambat datang menjemput. Norish bermain2 dan seperti biasa Daniel adalah peneman yang setia. Kali ini dia agak bertindak luar biasa, memeluk dan membelai Norish. Nini seperti biasa akan menegah dan memisahkan pelukan itu.
Namun hari ini adalah kemuncak kepada apa yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Nini..hari itu kebetulan hujan. Tiada aktiviti bermain diluar. Semua kanak2 bermain di dalam bangunan. Tapi tidak kelihatan Daniel mahupun Norish. Puas dicari kelibat mereka diserata bilik tapi tidak ketemu.
Akhirnya Nini separuh pengsan bila dia menolak pintu stor dibelakang dan terlihat Daniel yang berusia 4 tahun itu duduk dipeha Norish dan sedang mencium perut Norish sambil melondehkan seluarnya dan Norish sudah tidak berbaju Cuma yang tinggal seluar dalam!!!
Pantas Nini menjerit dan mengangkat Daniel sambil Norish menangis (mungkin terkejut kerana Nini menjerit, sebab sebelumya dia hanya diam). Norish segera dipakaikan baju dan Daniel juga segera di paksa memakai semula seluarnya.
Di bilik pengetua yang tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak demikian dan dengarlah jawapannya
“Papa buat kat mama boleh, kata papa dan mama tu cara kita nak tunjuk kita sayang, kalau kita sayang kita buatlah macam tu!!!!!!!!!”
Segera keluarga Daniel dipanggil, pada mulanya mereka menafikan cerita Daniel, tapi bila Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel kepada Norish.. si ibu terkejut dan mula menangis sambil mengakui sebenarnya ini adalah pusat asuhan yang ke 3 mereka tukarkan Daniel. Tapi kejadian yg sama telah juga terjadi. Pengetua secara diplomasi menasihatkan mereka dan minta agar anak mereka dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan.
Bapa Daniel agak ego dan tidak mahu menerima teguran dan agak sombong dengan mendakwa tidak ada apa silapannya tapi ibu Daniel mengaku bahawa Daniel pernah beberapa kali melihat mereka melakukan hubungan intim. Pada mulanya mereka agak kekok, tapi akhirnya merasakan tiada apa yg perlu dirisaukan kerana Daniel masih kecil, tapi rupanya kesan dari tindakkan itu telah merosakkan ‘jiwa’ Daniel. Apatah lagi dgn penjelasan yang salah.
Moral : sebagai ibubapa, tolonglah!! Usah risau dengan anak yang kurang mendengar kata2 kita kerana mereka lebih terdidik dari apa yang mereka lihat iaitu tingkah laku kita. Dalam islam juga ada garis panduan antara anak dan ibu bapa, batas aurat dan juga waktu bila yang boleh dan tidak anak2 untuk masuk kebilik ibubapa.
Anak2 sekarang bukan macam anak2 dahulu, mereka sangat pantas berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat, selaras dengan kemajuan dunia. Jadi tolonglah agar berhati2 dalam hal2 yang sebegini. Bila ketika dan waktu yang sepatutnya dan tidak sepatutnya mereka ketahui, supaya kisah seperti ini tidak berulang..
petua putihkan ketiak & hilangkan bau badan
Petua Putihkan Ketiak dan Hilangkan Bau Badan
Petua ini memang biasa kita dengar apabila di tanya kepada orang-orang tua dahulu.“macammana hendak putihkan ketiak?”. Jawapanya sangat mudah, murah dan senang. Iaitu menggunakan kapur makan atau kapur sireh.
Ketiak yang hitam atau gelap biasanya disebabkan penggunakan pencukur bulu ketiak yang kerap dan masalah banyak berpeluh dan kurang mandi dengan sebaik-baiknya.
Cara-cara untuk mengembalikan keputihan ketiak seperti sediakala, ambil secubit (menggunakan 3 jari) kapur makan, kemudian sapukan ke bahagian ketiak yang hitam tersebut. Seeloknya semasa mandi. Dengan membasahkannya bahagian ketiak dahulu.
Kemudian gosok ketiak, seeloknya gosokkan ketiak anda dengan kepala lutut. Dengan cara ini, ketiak anda akan cepat bersih dan saki baki daki akan tanggal dengan mudah.
Anda akan merasa sedikit pedih/panas, namun tidak sampai memudaratkan kesihatan kulit anda. Amalkan sekerap mungkin iaitu 2 kali sehari semasa mandi. Sehingga ia putih seperti sediakala.
Kapur makan ini bukan sahaja akan memutihkan bahagian ketiak, namun ia juga mampu menghilangkan bau badan dan lebih mudah menanggalkan bulu ketiak iaitu dengan hanya menariknya dengan tangan.
InsyaAllah.
Petua menghilangkan bulu ketiak
Masalah ketiak berbulu mungkin lebih merisaukan kaum wanita berbanding lelaki. Rasa malu dan kurang selesa pastinya menghantui anda, kan? Lebih-lebih lagi kalau hal ini sering menjadi usikan atau bahan mainan rakan-rakan lain.
Justeru itu, di sini ada satu petua untuk menghilangkan bulu ketiak. Bahan-bahan utama yang anda perlukan adalah;
- 10 biji lada sulah
– 3 butir kapur barus
– 1 sudu minyak tanah
Ohh yer, saya tak dapat nak sertakan gambar kapur barus untuk anda. Dah cari, tapi tak jumpa la pulak. Sebagai ganti, saya paparkan pokok kapur barus seperti di bawah. Harap ia dapatlah membantu serba sedikit. ![]()
Seterusnya, bagi menghilangkan bulu ketiak anda, sila ikuti langkah-langkah berikut:
1. Tumbuk semua lada sulah dan kapur barus sehingga halus.
2. Campurkan sesudu minyak tanah kepada campuran di atas dan gaul hingga rata.
3. Kemudian, sapulah minyak tersebut pada ketiak anda sebelum tidur.
Selamat Mencuba!
p.s: Petua di atas saya tak pernah cuba lagi. Tapi telah dikongsikan oleh seorang pengamal perubatan tradisional tak lama dulu.
PERHATIAN: sakit payu dara tidak semestinya kanser!!

Ramai wanita merasa sakit n pedih pd payu dara= 'MASTALGIA'. ia boleh dtg n prgi stiap blan dgn kdtgn haid.mgkin jga hadir pd biler2 masa.
'CYCLIC PAIN' = sakit payu dara yg biasa terjadi.mgkin dsbbkan oleh perubhan hormon stiap bulan. tjadi pd kdue2 belah pyu dara.dgmbarkan dgn rase berat n pedih pd bhgian ketiak n lengan.biasa terjadi sbelum haid n berhenti slpas haid selesai.
sakit ini biasa mnyerang wanita muda. kbnyakkn sakit surut tnpa rawatan n hlg teros lepas menopaus.
'NONCYCLIC PAIN' mnyerang wanita umur 40-50. terjadi pd sbelah shja. sakit dsbbkan FIROADENOMA or CYST. jika dknl passti,rawatan mjd mudah.
sakit pyu dara boleh mjadi smkin terok dgn prubhn hormon n ubt2 yg dambil.so berhati2. tekanan jg slh stu faktor penyebab. ia nya bknlah simptom kanser tp WASPADA sstegh gumpalan yg wjud dpyu dara n sakit mybe dsbbkn oleh KANSER PAYU DARA.
utk mlegakan skit,boleh gne ubat yg mpunyai rumusan 'ANTI INFLAMMATORY' (NSAIDs), sperti ibuprofen (advil or motrin) , naproxen (aleve or naprosyn), ketoprofen (actron or orudis) atau aspirin (anacin, bayer).
dptkan nasihat doktor jika sdg mngandung atau bwah umur 20. krana berkemungkinan terkena SINDROM 'REYE' pula..
tidur yg lebey lena~.~
awet muda & gajus
mari2 ! awek muda..
senang sahaja..
paling penting sebenarnya, UTAMAKAN SOLAT dahulu
air wudhuk tu yg bole menyebabkan muka bersinar2
1. Makan begitu saja
- Anda ambil pucuk gajus dan bersihkannya.
- Jadikan pucuk gajus ni sebagai ulam-ulaman semasa makan tengahari atau malam.
2. Minum air rebusan
- Seperti biasa, ambil segenggam pucuk gajus dan bersihkan.
- Rebus pucuk gajus tadi sehingga mendidih.
- Bila dah mendidih, anda biarkan ia suam dan minumlah air rebusan tersebut.
Anda boleh mengamalkan minum air rebusan ni setiap hari jika terdaya. Sebabnya ia bukan setakat untuk awet muda, malah baik untuk kesegaran tubuh badan, merendahkan tekanan darah tinggi serta mengurangkan kencing manis.
Selamat Mencuba!
petua menjaga kesihatan batn lelaki
- Jangan amalkan minum air batu kerana ia akan mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik. Akibatnya zakar ngilu apabila bersama dengan isteri. Batang zakar harus sentiasa panas.
- Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk dan dibekukan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.
- Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.
- Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.
- Jangan hembus nafas ketika minum, tahan nafas. Ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika bersama isteri (jimak).
- Elakkan amalan masturbasi kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.
- Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.
- Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yg sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar. Tindihan dari paha dan lutut yg sejuk membantutkan aliran.
- Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar.
- Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.
- Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima’ lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.
- Kurangkan dari memakan pisang Embun.
- Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.
- Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar
- Tidak digalakkan mengadakan hubungan kelamin di dalam air.
- Selepas melakukan hubungan kelamin, rehat dulu 15 minit. Kemudian barulah minum air.
- Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.
- Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.
- Jangan melakukan hubungan kelamin ketika isteri sedang haid kerana ia bukan saja haram di sisi agama Islam tetapi juga boleh mendatangkan penyakit.
- Elakkan minum air selepas jan 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.
- Jangan cungkil gigi dengan kemuncut (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar jadi ngilu dan kurang bertenaga.
- Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar. Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik.
- Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.
ketiak dan kemaluan [?]

utk pengetahuan semua,
JANGAN CUKUR KETIAK !!!
jd, JANGAN MENCUKUR DI BAHAGIAN KEMALUAN ANDA..

